Friday, 7 March 2014

sibuk: Berita Kampus

Apa khabar semua?? Sudah lama yanie meninggalkan ruangan ini.. maaf dipinta pada korang kerana yanie sibuk sangat2... since first time yanie jejak kaki kat USM untuk semester akhir nie yanie dah kena jaga bilik berita.. nak tau kenapa?? sebab untuk berita kampus edisi 2 yanie jadi Ketua Pengarang.. :)

Masa tu memang xde masa langsung nak update blog n something like that..pagi dah kena pergi bilik berita..ptg balik..mlm mesti penat..nak siap berita lagi..nak assign berita kat kawan2 lagi..

Masa tu jugak masalah timbul sebb xcukup berita..yela..sebb baru masuk sem dah kena cover berita..event masa 2 belum berlaku lagi..hehee.. Tapi xpe..dengan pertolongan Allah, kawan2 semua jadi ok..

Nie la Berita Kampus bilangan 7 

Kalau nak tengok sorotan dia klik je link bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=3I7SsGmubvI

Jumpa lagi semua.. :)

Saturday, 4 January 2014

Jangan membenci aku

Jangan pernah membenci diri ini,
Jika aku salah, betulkan aku
Jika aku sesat, temuilah aku jalannya
Jika aku jatuh, bangunkanlah aku
Jika aku alpa, hukumlah aku

Jangan pernah membenci diri ini
BenciMu bikin aku derita
BenciMu bikin aku sedih
BenciMu bikin aku sunyi

Jangan pernah membenci diri ini
Tiap saat bimbingkan aku
Tiap saat tunjukilah cahaya buatku
Tiap saat beradalah di sampingku

Jangan pernah membenci diri ini
TanpaMu aku tidak punya apa
TanpaMu hidupku punah
TanpaMu hidupku suram
TanpaMui tiada lagi cahaya yang menyinari setiap ruang waktuku.

Setiap baris tinta ini kunukil tatkala diri menyedari akan dosa-dosa yang pernah dilakukan.. Masih ada lagikah sinar cahaya buat insan sekerdil aku yang mudah goyah imannya kerana duniawi.. Ya, aku takut jika diri ini dibenci olehMU YA ALLAH.. Di mana lagi akan ku luahkan segala yang terpendam.. Aku mengharapkan RedhaMu dalam setiap situasi yang ku tempuh..





 

Thursday, 2 January 2014

Makan hati: Apa perlu buat...

Baru je beberapa hari tak update blog dah rasa setahun lamanya..wow, kerlass ayat... ngeh3..ekceli sekarang ni sibuk dengan exam.. Walaupun hanya exam 2 paper sahaja..Satu paper done, so satu paper je la lagi nak exam..nak tahu x paper apa 2????

Ofkos laa paper Institusi Kekeluargaan Islam a.k.a Munakahat..Best sgt subjek nie..nak tau kenapa?? sebab lecturer semua bagus2..Dr. Jasni, Dr Atikullah n paling dikenali ramai a.k.a public figure ofkos laa Dr. Maza..

Paper ni akan saya duduki pada tanggal 7 Januari 2014. N then malam 2 balik...yayyyyy..

Sebelum mula studi kena laa bukak blog dulu kan...update apa yg nak update kan,,xgitu.hehe..Baru ada semangat nak studi..

FYI, ni bukan fokus saya pada hari nie.. Entri kali ni nak membicarakan mengenai MAKAN HATI atau dengan kata lembutnya MERAJUK...lembut ke????heheh

Korang mungkin pernah merajuk atau makan hati dengan kawan2 kan?? Tipu la kalau tak pernah.. Ekceli, tak baik kita makan hati dengan kawan-kawan. Sebab apa? Sebab kalau tak de kawan hidup kita xlengkap..betul x? 

Ya, memang tak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita membuang perasaan itu n perasaan itu sebenarnya normal.. Tapi korang kena cuba atasi sebab boleh memakan diri sendiri n menyebabkan pergaduhan.. Berdosa tau putus silaturahim..

Firman Allah:
"Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu peroleh rahmat" (Surah al-Hujurat ayat 10).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan. ( Hadis riwayat Muslim).

Di sini, bagi pendapat saya, kekeluargaan bukan bernaksud keluarga sahaja tapi lebih kepada masyarakat kerana kita hidup ibarat satu keluarga.

Banyak lagi hadis yang menyatakan bahawa berdosa seseorang memutuskan silaturahim..

Tanya pada diri, kenapa kita makan hati dengan kengkawan???

Banyak faktornya sebenarnya..seperti tidak ada tapisan semasa bercakap, tidak menjaga hati..n banyak lagi laa..

Kalau asyik kita je jaga hati dia xadil laa.......

Takpe..Biarlah kita mengalah kerana apabila api dibalas api makin marak apinya..

Ada juga dalam kalangan kita mudah sangat merajuk n makan hati sedangkan atas masalah kecil. Nasihat saya, buanglah perasaan itu jauh-jauh kerana bukan anda sahaja yang ada hati. Pikirlah hati orang lain jugak.. 

Nasihat saya jugak, sebelum korang makan hati dengan someone, tanya pada diri terlebih dahulu, kenapa aku perlu terasa hati????? 

Tapi jika masalah yg timbul itu besar sehingga menyebabkan korang malu n jatuh maruah, terpulang la pada korang camne?? Kalau saya maybe saya terus tak berhubung kot...hehe..tapi tak boleh macam tu. Kita jangan putus hubungan tapi kita jarak sikit hubungan kita 2..Betul x..atau korang ada cadangan lain??

Okay la korang, saya nak sambung studi...kepada yang dalam exam mood gud luck ye.. :)
copy right: Annie Qaseh- http://lukisandiari.blogspot.com