Sunday 21 June 2015

Solat Tarawih bersendirian

Bismillahirrahmanirrahim
Mulakan penulisan dengan lafaz kepujian untuk Dia..Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Entri kali ini sudah tentu berkaitan dengan bulan Ramadhan..Mungkin entri kali ini lebih fokus kepada wanita..Namun, sedikit sebanyak juga perlu diketahui oleh kaum lelaki..

Apa sebenar Yanie nak tulis ni?? Hehehe..Ok..ayuh kita mulakan sekarang..Pada bulan Ramadhan, kita tidak sabar untuk melakukan solat tarawih bukan? Namun, bagi wanita mungkin sukar untuk melakukan solat tarawih di masjid lantaran sibuk mengemaskan dapur selepas berbuka..sibuk menjaga anak yang masih kecil..Mungkin juga sibuk bekerja (bagi yang bekerja)..Lantas, kita mungkin terasa rugi bukan kerana terlepas solat tarawih..

Apa itu solat Tarawih

Tarawih adalah rehat manakala solat Tarawih adalah solat yang merehatkan. Ia perlu dikerjakan dengan tenang tanpa perlu tergesa-tergesa . Solat Tarawih ini adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadhan di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Jadi, bagi yang tidak sempat ke masjid, anda jangan bersedih hati..anda boleh lakukan di rumah sahaja..bagaimana caranya? Ayuh..saya kongsi bersama..

Cara solat Tarawih sendirian

Saya kecilkan skop saya dengan menulis cara solat Tarawih sendirian 8 rakaat 4 salam. Ini bermakna satu salam untuk dua rakaat. Witir pula perlulah 3 rakaat 2 salam..Ini bermakna salam pertama untuk 2 rakaat dan salam kedua untuk 1 rakaat.

Caranya sama sahaja seperti solat sunat yang lain..Apa yang membezakannya adalah niat.

Niat

“Sahaja aku solat sunat Tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”.

Rakaat Pertama

-Al Fatihah
-At-Takaathur

Rakaat Kedua

-Al Fatihah
-Al-‘Asr

(Selepas memberi salam, bangun dan niat seperti di atas dan begitulah seterusnya )

Rakaat Ketiga

-Al-Fatihah
-Al-Humazah

Rakaat Keempat

-Al Fatihah
-Al-Fiil

Rakaat Kelima

-Al Fatihah
-Al-Quraisy

Rakaat Keenam

-Al Fatihah
-Al-Maa’uun

Rakaat Ketujuh

-Al Fatihah
-Al Kafirun

Rakaat Kelapan

-Al Fatihah
-An-Nasr

Selepas itu tutuplah solat Tarawih dengan solat witir 3 rakaat 2 salam

Niat

“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala”


Rakaat pertama

-Al Fatihah dan Al-A’lla

Rakaat kedua

-Al Fatihah dan Al Kafirun

(Selesai bagi salam, bangun dan lakukan satu rakaat lagi)

Niat

“Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta’ala”

-Al Fatihah dan 3 surah iaitu Al Ikhlas, Al Falaq dan An- Naas

Senang sahaja bukan.. Dah tahukan?? Jadi, tiada alasan tidak sempat solat Tarawih..

Peringatan:

-Anda boleh sahaja membaca surah pilihan yang lain.

Saya bukan ustazah mahupun pakar agama..Masih banyak lagi kekhilafan..Kalau ada yang salah kalian bolehlah menegur saya.. semoga ia bermanfaat untuk kita..

Wassalam..

Tuesday 16 June 2015

Ramadhan dan kelebihannya

Bismillahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Rasanya baru sahaja Ramadhan berlalu..Sekarang hampir kembali..Pada bulan mulia ini kita diajar erti sabar..menahan diri dari lapar dan dahaga..menahan diri dari melakukan perkara maksiat..Jadikan bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelum-sebelum ini..Perbanyakkan amal ibadah dan kumpulkanlah pahala banyak-banyak..

Sebenarnya saya baru sahaja lepas membaca artikel kelebihan puasa di laman web sini

Jadi, ilmu yang diperolehi perlulah dikongsi..Untuk itu saya kongsikan apa yang saya baca tentang kelebihan bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah penghapus dosa

Sabda Rasulullah SAW melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r,a..

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ


"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar ". (Riwayat Imam Muslim)


Pada bulan Ramadhan ditutup pintu Neraka dan dibuka pintu Syurga dan syaitan-syaitan dirantai

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ

"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga  hingga tidak ada satu pun yang ditutup. Seorang penyeru (Malaikat) akan berseru " Wahai orang yang mengejar kebaikan! tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! undurlah kamu (berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu akan berlaku setiap malam (sepanjang Ramadhan)". (Riwayat Imam at-Tarmizi, Baihaqi, dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a).

Lima anugerah khusus untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah SAW:

أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا الرَّاْبِعَةُفَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُفَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا، فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ.

"Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku iaitu:
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya. Bau mulut mereka (yang puasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi. Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam. Allah menyuruh syurga bersiap-siap dengan berkata kepadanya, "Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirahat dari kepayahn dunia menuju ke rumahKu dan KemuliaanKu". Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni  dosa mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya," Apakah malam itu Lailatul Qadar?" Jawab Rasulullah, "Tidak, apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka." (Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a)

Malam al-Qadar

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lailatul Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah Al Qadr :


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar" (al-Qadr: 1-5).

Hai kawan-kawan..itulah kepentingan dan kelebihan bulan Ramadhan yang dijanjikan ganjaran pahala. Itu saja daripada saya.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Rujukan : www.solusiislam.com









Friday 12 June 2015

Cinta Itu Menyakitkan: Rawatlah kedukaan itu

Bismillahirrahmanirahim
Mulakan dengan memuji Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Hampir semua orang pernah mengalami saat manisnya cinta, manisnya apabila mula rasa jatuh cinta..Tak kurang pula ada yang bencikan cinta lantaran kisah dulu yang memunahkan segala impian..Tajuk entri kali ini ialah cinta itu menyakitkan..

Sebenarnya cinta tidak pernah menyakitkan..Tapi kita yang menyakiti cinta..Cuba anda ingat balik saat-saat mula jatuh cinta..Begitu indah..Seakan-akan kita yang paling bahagia lewat itu..Namun, sudah pasti, panas bukan berlarutan..hujan pasti menimpa jua..

Ketika cinta mula bertandang, setiap hembusan terselit namanya, setiap derap langkah terfikir tentangnya.. Namun, kadang ia cuma sebentar..Cuma singgah sebelum berjumpa dengan yang lebih baik..Ahh..Kejamnya..Janganlah kita mudah meroyan..Di sini saya sediakan sedikit tip bagi orang yang sakit kerana cinta.. Mungkin sebab ada pihak ketiga, Mungkin sebab bertepuk sebelah tangan, Mungkin sebab si dia memberi harapan palsu dan mungkin banyak lagi sebab. Ayuh, kita baca..



Dekatkan diri pada Allah

Ya.. Berdoalah pada Allah agar diberi ketenangan.. Rasa cinta itu Allah yang beri.. Di saat hati terluka dengan sebuah perpisahan bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita..Allah itu terlalu sayangkan hambaNYA.. Allah mungkin menarik balik nikmat itu sebab kita lalai kepadanya.. Lalai yang bagaimana? Bagaimana mungkin kita tidak lalai kalau asyik teringatkan si dia, tidak sabar-sabar menunggu panggilan dari dia.. Di sini, kita mungkin sudah melebihkan dia dari DIA..

Berdoalah agar diberi kekuatan dan hilangkan kesedihan..Usah terlalu sedih dengan cinta manusia sedangkan di sana masih ada yang lebih mencintai kita..Kita tidak tahu apa rencana Allah untuk kita.



Ingat kembali apa yang sudah dia lakukan

Maksudnya bukan setiap hari kita perlu ingatkan si dia.. Maksud saya, kalau tiba-tiba rasa diri sangat payah melupakan dia, yelah maybe cinta pertama, jangan mudah layan perasaan itu.. Cepat-cepat ingat kembali apa yang sudah dia lakukan.. Ketika itu tanpa kita sedari kita sudah boleh menerima hakikat bahawa cinta bukan bermakna bersatu..

"Dia banyak sakitkan aku..aku saje yang bersabar..
Mengapa perlu aku cintakan dia sedangkan tak bahagia"

Tapi, janganlah sampai berdendam..Ambil iktibar dengan positif. Ingatlah kembali apa yang sudah dia lakukan supaya kita boleh terima pemergiannya.

Buang semua memori bersamanya

Bila saja kita memegang handphone, dan saat itu rindu mula bertandang, ketika itu kita terasa ingin sahaja menelefonnya, SMS kepadanya, Whatsapp padanya..Dan ketika itu kita seakan sudah lupa apa yang dia lakukan..Ahh,, bodohnya kita ketika itu..

Mengapa perlu menaruh harapan pada orang yang tak sudi..
Mengapa perlu mengadu domba pada orang yang tak punya perasaan
Mengapa perlu Mengingati pada orang yang ketika itu gila bayang dengan yang lain..

Buang memori kita bersamanya..delete nombor telefon..padam semua gambar..Perlahan-lahan kita akan melupakan dia..



Habiskan masa bersama kawan-kawan

Jangan kita bersendirian melayan peritnya kesedihan..Jangan, jangan dan jangan.. Air mata kita mahal korang.. jangan mudah jatuh pada yang salah..Percuma sahaja..Sedang dia bahagia..kita?? Masa ni lah kita perlu keluar bersama kawan-kawan..Cari ketenangan..Apabila bersama kawan-kawan kita akan lupa segala masalah. Kawan adalah kebahagian kita..kawan akan ada bersama tak kira serumit mana keadaan kita..


Itu sahaja tip yang saya kongsinya..mungkin ada banyak lagi cara..Masing-masing punya cara tersendirikan? Kalau korang ada nak kongsi boleh kongsi di sini.. Maaf kalau ayat terkasar sedikit.. Bila tulis bab cinta ni jadi emosi pulak..hehee.. gambar macam biasa..copy pasta..hehee

Sekian..

Thursday 11 June 2015

Stairway to Heaven: Drama penuh air mata

Bismillahirahmanirahim..
Mulakan penulisan dengan lafaz kepujian untuk Dia. Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hari ni tiba-tiba rasa nak menulis tentang drama korea. Saya salah seorang penggemar citer korea..Drama korea best sebab kisah cintakan?? Mengaku je lah..korang pun suka citer korea sebab suka bab-bab cinta..hehhee..Saya bukan sahaja suka bab-bab cinta tapi jalan ceritanya penuh suka dan duka..Tapi orang macam saya susah nak keluar air mata..mahal ni air mata saya..hahhaaa..tapi ada satu cerita korea ni yang buat saya tewas..dan air mata terus menerus keluar dari episod awal hingga akhir.."AKU TEWAS"..uwahahaha..

Nak tau x citer mende??


Nahh..citer ni la..STAIRWAY TO HEAVEN.. Sebuah drama yang penuh air mata..mengisahkan percintaan dari kanak-kanak lagi..tapi terpaksa berpisah kerana si lelaki perlu menyambung pengajian di luar negara..

Korang pun mesti pernah tengok cerita ni kan..tapi saya tetap nak tulis juga..hehhee.. kepada sesiapa yang belum pernah tengok wajib tengok..tak rugi..wajib?? ikut korang laa..tapi jalan cerita dia memang best..


Nie hero dia.. KWON SANG WOO sebagai Cha Song Joo

Nie heroin..CHOI JI WOO sebagai Han Jung Suh (Normal), Kim Ji Soo (Semasa hilang ingatan)

Ekceli..saya ni sangat berminat dengan Kwon Sang Woo..saya memang suka lelaki muka macam tuh..Tapi adakah bakal husband saya muka cenggitu?? Nak yang macam tuuuu...

Meh saya story sikit kisah dia.. Cha Song Joo dan Han Jung Suh rapat sejak kanak-kanak..dan memang family dorang tau..selepas kematian ibu Han Jung Suh, ayahnya mula berkahwin dengan seorang artis yang mempunyai dua anak..anak lelakinya bernama Han Tae Hwa manakala anak perempuannya Han Yoori.. Han Tae Hwa seorang pendiam dan tidak suka sikap ibunya manakala Han Yoori begitu taksub dengan kekayaan dan kepopularan ibunya..

KIM TAE HEE sebagai Han Yoori

SHIN HYUN JOON sebagai Han Tae Hwa

Kalau nak cerita memang panjang..macam ni la..Han Jung Suh dan Cha Song joo bercinta..tapi Han Yoori suka pada Cha Song Joo manakala Han Tae Hwa suka kat Han Jung Suh.. semasa Han Jung Suh ke airport untuk sambut kepulangan kekasihnya dia dilanggar oleh Han Yoori.. Kerana takut Han Yoori meminta tolong ayah kandungnya dan abangnya Han Tae Hwa..Mereka ingin menolong..sejak hari itu Han Tae Hwa yang menjaga Han Jung Suh yang hilang ingatan..Ketika itu Han Tae Hwa mula menukar namanya sebagai Han Chul Soo..

Semua orang percaya yang Han Jung Suh meninggal akibat kemalangan itu..Tapi Cha Song Joo tetap menyatakan yang kekasihnya belum meninggal. Kehidupan Cha Song Joo ketika itu penuh air mata..Dipendekkan cerita hampir semua rahsia terbongkar..dan ketika itu Han Jung Suh sudah pulih dari ingatannya..Namun, malangnya, Han Jung Suh menghidap masalah mata dan penglihatannya akan hilang.. Hanya Han Tae Hwa yang tahu rahsia tersebut.. Han Jung Suh sedih kerana tidak mampu lagi melihat kekacakan Cha Song Joo..





Suatu hari semasa di tepi lautan..penglihatan Han Jung Suh mula gelap..Dia terus menjerit memanggil Han Tae Hwa..dan terus memeluk..Tapi sebenarnya yang dia peluk adalah kekasih yang dia cintai, Cha Song Joo.


"Oppa..saya sudah tidak dapat melihat..
saya sudah tidak dapat melihat Song Joo"

Part ni laa saya menangis tanpa henti..yela..dia ingat tu Han Tae Hwa sedangkan tu adalah Song Joo..apalagi..sebak lah Cha Song Joo..lama juga Cha Song Joo menyamar jadi Han Tae Hwa..walaupun kekasihnya hilang penglihatan dia tetap setia mencintainya..

Kerana cintanya Han Tae Hwa pada Han Jung Suh, dia rela membunuh diri dan menderma matanya pada orang Han Jung Suh.. Akhirnya Han Jung Suh dapat melihat kembali.. Namun, kegembiraan hanya sebentar apabila Han Jung Suh jatuh sakit dan akhirnya meninggal..sedihhhhh.. 

Tengoklah cerita nie...best.. sekian. :)



 

Tuesday 9 June 2015

Nak kurus???

Baru perasan dah lama tak update blog ni..sarang anai-anai, sarang labah-labah sudah pun menghiasi ruangan ini..Follower pun mesti dah malas nak jejak kat sini.Sorry la kalian..Hari nie nak tulis sikit tentang wanita..Wanita ni tak kan lari dari bab kecantikan. Betul x?? Kecantikan di banyak jenis..Cantik dalaman, cantik luaran..kini kat pasaran pun dah banyak produk-produk kecantikan..Baca punya baca, Yanie sebenarnya nak tulis apa ni??hahhaa..Wanita tu adalah tema, kecantikan tu adalah fokus dan bila dikecilkan skop akan keluarlah CARA MENURUNKAN BERAT BADAN.. hahaah.
Sebagai seorang wanita saya tahu dan saya faham bila badan mula membesar..Nak pakai baju pun dah tak cantik..nampak lemak situ, nampak lemak sana..betul tak? Saya pun dalam proses mendietkan diri juga.. kih3..yela..umur dah meningkat ni..nak juga cantik kan..
bila orang kata, "Awak dah gemuk la?"..apa reaksi anda?? mesti rasa down giler kan.. meh sini saya bagi tip cara saya turunkan berat badan..

1) Mulakan dengan niat yang baik

Yang ni memang penting.. Apa niat kita nak turunkan berat badan ni?? Jangan sebab nak pakai seksi bagai k..Setiap niat yang baik Allah akan permudahkan.. InsyaAllah..

2) Ubah cara pemakanan anda

Maksud diet bukan tak makan k..tapi kena makan makanan seimbang, yang sihat..Bila sentuh bab pemakanan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah jenis makanan dan waktu untuk makan 

i) Jenis makanan

Ketika berdiet, anda wajib mengambil (minum) air kosong banyak-banyak..Air kosong ni boleh mengenyangkan dan yang penting zero kalori..kurangkan minum air yang bergas, yang bergula..kalau boleh buang terus tabiat minum air-air tersebut sepanjang proses diet.. Ingat ye.. minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari..


Anda juga wajib mengambil sayuran setiap hari..wajib k..masak la cam mana pun..tapi kalau boleh jangan yang bergoreng k..masak sup sayur ke..tomyam sayur ke..makan banyak-banyak..tapi jangan la terlampau banyak..hehehe..



Nasi?? Sape kata diet tak boleh makan nasi..bolehlah..tapi awas..dalam kuantiti yg sedikit saja.. Kevin Zahri kata, karbohidrat kena ambil segenggam saja..jangan lebih tau..Kalau tak mau makan nasi ambil la bihun sup ke tomyam ke k..kalau anda tak ambil karbohidrat dalam sehari mesti rasa tak bertenaga..


Buah-buahan juga penting..sebelum mengambil makanan berat seperti nasi elok makan buah dulu k..Epal hijau penting untuk diet..


Sumber protein seperti ikan dan daging juga penting untuk membekalkan tenaga kepada kita..Biasa saya suka bakar..atau masak stim..goreng-goreng out terus..



ii) Waktu makan..
Sarapan pagi: Rori bakar, biskut, telur, oat, susu rendah lemak.. untuk sarapan makan lebih k untuk bagi tenaga sepanjang hari..kalau nak makan roti, tak usah la makan biskut..kalau makan oat tak usah la makan telur atau roti..tapi jangan pernah skip sarapan..anda boleh pilih sendiri menu sarapan anda..janji ia akan memberi tenaga kepada anda..tapi jangan pulak ambil nasi, mee goreng dan segala bagai goreng pulak..

Minum pagi: Yang ni saya biasa akan minum teh hijau (tanpa gula) dengan biskut 2 keping..Kalau anda nak tukar biskut kepada kuih boleh tapi ambil dalam kuantiti sedikit..kalau boleh seketul je..sebab kuih ni kalori dia tinggi tapi bendanya kecil je..

Makan tengahari: Hah..yang ni baru ambil nasi segenggan, sayur semangkuk, ikan atau daging..jangan tambah-tambah..kalau rasa tak kenyang tambah sayur jangan tambah nasi..

minum petang: Yang ni saya ambil teh hijau dan biskut/roti 2 keping..Kalau anda lapar diantara gap masa tu makanlah kacang tapi jangan lebih 7 biji..tak pun ambil je apa-apa yang rendah kalori k..

Makan malam: makan malam ni makan sebelum jam 7..untuk makan malam anda boleh ambil nasi..tapi saya kalau ambil nasi terus rasa macam gemuk..jadi..cara terbaik makanlah oat atau sup sayur..kadang-kadang saya ambil bihun sup atau bihun tomyam..

Waktu malam kalau boleh zero kalori,, minum je air masak banyak-banyak..kalau lapar juga makanlah buah k..

3) Senaman

Kalau nak diet jangan lupa senaman juga salah satu perkara penting..ala, takde masa la nak joging bagai?? Sape kata senaman hanya joging..kalau korang masih belajar, pergilah kuliah jalan kaki..tak usah naik bas, moto atau segala transport bagai..jalan kaki! 

Macam saya saya suka senamrobik dan laptop kat depan..tengok cara dorang buat camne..tak payah kuar kat taman..buat kat rumah je..Ni dia senaman yg biasa saya buat..

Berdiri dengan badan menyandar di dinding, jarakkan kaki dengan dinding, buka kaki sedikit..bengkokkan dan rendahkan badan seperti anda duduk di atas kerusi..bertahan setakat mampu..ulanglah berapa kali nak ulang..

Saya suka senaman yang nie..betul-betul mengajar saya erti sabar..hehehe..nanti bolehlah download kat youtube.. 

Yang ni skipping..saya minimun 100 sehari..tak mampu nak buat 500 sehari.. hehhe

4) Disiplin

Nak turunkan berat badan anda perlu berdisiplin..tapi memang susah kan nak disiplin..kalau anda dah rasa down cepat-cepat baca pengalaman orang-orang yang dan berjaya.

Itu sahaja tip yang dapat saya kongsikan.. semoga kita sama-sama dapat menurunkan berat badan dengan jayanya..

note: Gambar semua copy paste...








copy right: Annie Qaseh- http://lukisandiari.blogspot.com