Jangan membenci aku
Jangan pernah membenci diri ini,
Jika aku salah, betulkan aku
Jika aku sesat, temuilah aku jalannya
Jika aku jatuh, bangunkanlah aku
Jika aku alpa, hukumlah aku
Jangan pernah membenci diri ini
BenciMu bikin aku derita
BenciMu bikin aku sedih
BenciMu bikin aku sunyi
Jangan pernah membenci diri ini
Tiap saat bimbingkan aku
Tiap saat tunjukilah cahaya buatku
Tiap saat beradalah di sampingku
Jangan pernah membenci diri ini
TanpaMu aku tidak punya apa
TanpaMu hidupku punah
TanpaMu hidupku suram
TanpaMui tiada lagi cahaya yang menyinari setiap ruang waktuku.
Setiap baris tinta ini kunukil tatkala diri menyedari akan dosa-dosa yang pernah dilakukan.. Masih ada lagikah sinar cahaya buat insan sekerdil aku yang mudah goyah imannya kerana duniawi.. Ya, aku takut jika diri ini dibenci olehMU YA ALLAH.. Di mana lagi akan ku luahkan segala yang terpendam.. Aku mengharapkan RedhaMu dalam setiap situasi yang ku tempuh..
copy right: Annie Qaseh- http://lukisandiari.blogspot.com
Allah Maha Pengampun. Pasti Dia akan mengampunkan dosa-dosa umatNya andai umatNya mahu bertaubat.. :)
ReplyDeletetq niena atas sokongan.. :) sokongan bermakna buat saya..
ReplyDeletetq niena atas sokongan.. :) sokongan bermakna buat saya..
ReplyDelete