Thursday 2 January 2014

Makan hati: Apa perlu buat...

Baru je beberapa hari tak update blog dah rasa setahun lamanya..wow, kerlass ayat... ngeh3..ekceli sekarang ni sibuk dengan exam.. Walaupun hanya exam 2 paper sahaja..Satu paper done, so satu paper je la lagi nak exam..nak tahu x paper apa 2????

Ofkos laa paper Institusi Kekeluargaan Islam a.k.a Munakahat..Best sgt subjek nie..nak tau kenapa?? sebab lecturer semua bagus2..Dr. Jasni, Dr Atikullah n paling dikenali ramai a.k.a public figure ofkos laa Dr. Maza..

Paper ni akan saya duduki pada tanggal 7 Januari 2014. N then malam 2 balik...yayyyyy..

Sebelum mula studi kena laa bukak blog dulu kan...update apa yg nak update kan,,xgitu.hehe..Baru ada semangat nak studi..

FYI, ni bukan fokus saya pada hari nie.. Entri kali ni nak membicarakan mengenai MAKAN HATI atau dengan kata lembutnya MERAJUK...lembut ke????heheh

Korang mungkin pernah merajuk atau makan hati dengan kawan2 kan?? Tipu la kalau tak pernah.. Ekceli, tak baik kita makan hati dengan kawan-kawan. Sebab apa? Sebab kalau tak de kawan hidup kita xlengkap..betul x? 

Ya, memang tak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita membuang perasaan itu n perasaan itu sebenarnya normal.. Tapi korang kena cuba atasi sebab boleh memakan diri sendiri n menyebabkan pergaduhan.. Berdosa tau putus silaturahim..

Firman Allah:
"Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu peroleh rahmat" (Surah al-Hujurat ayat 10).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan. ( Hadis riwayat Muslim).

Di sini, bagi pendapat saya, kekeluargaan bukan bernaksud keluarga sahaja tapi lebih kepada masyarakat kerana kita hidup ibarat satu keluarga.

Banyak lagi hadis yang menyatakan bahawa berdosa seseorang memutuskan silaturahim..

Tanya pada diri, kenapa kita makan hati dengan kengkawan???

Banyak faktornya sebenarnya..seperti tidak ada tapisan semasa bercakap, tidak menjaga hati..n banyak lagi laa..

Kalau asyik kita je jaga hati dia xadil laa.......

Takpe..Biarlah kita mengalah kerana apabila api dibalas api makin marak apinya..

Ada juga dalam kalangan kita mudah sangat merajuk n makan hati sedangkan atas masalah kecil. Nasihat saya, buanglah perasaan itu jauh-jauh kerana bukan anda sahaja yang ada hati. Pikirlah hati orang lain jugak.. 

Nasihat saya jugak, sebelum korang makan hati dengan someone, tanya pada diri terlebih dahulu, kenapa aku perlu terasa hati????? 

Tapi jika masalah yg timbul itu besar sehingga menyebabkan korang malu n jatuh maruah, terpulang la pada korang camne?? Kalau saya maybe saya terus tak berhubung kot...hehe..tapi tak boleh macam tu. Kita jangan putus hubungan tapi kita jarak sikit hubungan kita 2..Betul x..atau korang ada cadangan lain??

Okay la korang, saya nak sambung studi...kepada yang dalam exam mood gud luck ye.. :)

4 comments:

  1. biasa le tu..dgn kawan2 msti kdg2 ada terasa, tp sabo je la.. kang putus kawan x baik..huhu..
    gud luck utk exam..

    ReplyDelete
  2. sabar ye kak. zati jenis tak ambil peduli sangat cakap-cakap orang ni. even nak terasa pun, lantak laaahh.. malas nak ambil tahu dorang nak cakap ape.. heheh.

    adat berkawan. biasalah, kadang2 kita terlepas cakap pun kita tak sedar. heppy2 oke (:

    ReplyDelete
  3. yepi... :) tgh hepi ni dik zati.. :) sabar..itu yg penting..

    ReplyDelete

Singgah la mana-mana entry yg korang suka

copy right: Annie Qaseh- http://lukisandiari.blogspot.com